Tarikh: 11/12/2011
Hari: Sabtu
Tempat: Seksyen 2
Hari ni berjumpa seorang rakan dari Universiti Malaya (UM). Dengan keadaan batuk dan selesema, aku gagahkan diri untuk berjumpa dia since dia dah sampai Shah Alam. Datang dari jauh semata-mata nak jumpa aku cukup buatkan aku terharu. :(
Azan maghrib berkumandang di pusat Islam masa aku jejakkan kaki naik bas ke seksyen 2. Nasib baik seksyen 2 ada surau. Sampai-sampai terus bersalam & berpelukan. Lepas tu jalan beriring pi surau. Solat maghrib. Untung laaa ada brother surau tu suruh jadi imam. =.=
Oke habis solat. Tiba masa untuk makan malam. Kedai Azmi jadi pilihan. Makan nasik goreng ayam + milo ais. Sumpah nikmat. Alhamdulillah.
"Kau dah berubah, XY. Kau bukan lagi orang yang aku kenal dulu, masa zaman remaja," kata K seraya duduk di meja makan.
Aku tersenyum.
"Kat mana berubah tu?" aku bertanya kembali.
"Dari gaya pemikiran kau," kata K. Tersenyum simpul.
"Hahaha. Manusia berubah, pola pemikiran pun berubah. Rasional dalam berfikir tu penting," kataku sambil menyuap nasi ke mulut.
"Tapi rasional tak berkembang, XY. Sebab tu Tuhan ciptakan orang yang "gila". Dorang ada idea yang pelik-pelik dan mengajak manusia berfikir," jelas K.
Dahiku berkerut. Aku tak faham. Apa mamat ni tengah cakapkan. K kemudian jelaskan beberapa falsafah pemikiran. Maaflah aku dah tak ingat apa falsafah pemikiran yang dia cakapkan tu. =.=
Aku hormat pemikiran dia. Tapi dalam hormat ada jugak rasa takut. Sebab bagi aku pemikiran manusia ni terbatas. Kalau fikir lebih-lebih boleh jadi gila.
"Political view kau macam mana? PKR lagi ke?" aku bertanya diselangi gelak tawa.
"Aku. . . Mungkin dah ke arah 'bulan'," kata K ringkas.
"Hahaha. Aku sekarang dah jadi non-partisan. Aku lagi suka ikut rasional dan fakta. Kalau fakta tu berpihak pada kerajaan, aku sokong kerajaan. Tapi kalau fakta tu berpihak pada pembangkang, aku sokong pembangkang," jelasku.
Dari satu topik ke topik kami berbicara, terselit beberapa dialog mengenai kehidupan masa depan.
"Kau dah ada awek ke?" aku memulakan pertanyaan. Aku tersenyum kambing.
"Tak ada. Aku masih sendiri. Aku pernah jumpa seorang budak MAHSA kolej. Aku berkawan dengan dia tapi aku tak berapa suka. Pernah satu hari dia tanya aku kenapa aku tak pegang tangan dia. Aku terkejut gila masa tu. Katanya dulu dia ada 4 orang boyfriend dan semuanya pernah pegang tangan dia"
"Lepas tu kau cakap apa?"
Laju aku memotong cerita K. Mungkin reflek dari cerita K yang begitu memeranjatkanku.
"Aku cakap kat dia yang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Setiap hari aku ulang ayat yang sama. Aku mesej dia pun benda yang sama. Pernah satu hari dia menangis masa call aku. Dia kata dia terkesan dengan ayat yang aku bagi kat dia," K meneruskan cerita.
Aku hanya anggukkan kepala. Jauh di sudut hati aku, aku bangga sebab ada kawan yang mampu menyuntik keinsafan di hati insan lain. Aku macam mana?
"Kau dah ada awek, XY?" K bertanya.
". . . . " <---- Oke part ni aku tak boleh tulis kat sini. Private oke! :">
Kami menutup bicara dengan bergerak ke surau untuk menunaikan solat Isyak. Sekali lagi aku diberi mandat sebagai imam. Aku hanya menurut.
Usai bersolat, kami bergerak ke bus stop seksyen dua.
"Kau nak balik UM, kau naik bas U80. Aku naik bas 603 masuk UiTM," kataku sambil menghalakan jari telunjukku ke seberang jalan. Ada sebuah bas di depan bus stop seberang.
"Nampaknya di sini je lah pertemuan kita," kata K.
Aku mengangguk-angguk. Rasa sebak menyerbu ke dada saat dia cakap macam tu.
Kami bersalaman dan berpelukan. Terasa sedih dengan pertemuan singkat itu. Rasa nak menangis.
Dari tingkap bas 603, aku melambaikan tangan ke arahnya. Lambaian terakhir untuk saat ini. Insya Allah akan ada lagi lambaian sebegini pada masa akan datang.
Bas mula bergerak meningggalkan seksyen 2. Aku melihat dia pun sudah selamat berada dalam bas U80. Legalah sikit akhirnya dia dah dalam bas.
Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
"XY. Terima kasih"
Aku tersenyum bercampur sebak membaca kandungan mesej itu.
"Sama-sama. Thanks untuk semuanya. Semoga berjumpa lagi. Bye"
Butang sent ditekan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment