12 Mei hari tu ada explorace untuk Kemahiran Insaniah (KI).
Habis program hari yang sama, dalam jam 3.30 berangkat pulak ke Sepang untuk program Teambuilding Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (SMF). Program start 12 sampai 13 Mei. Mula-mula tak nak pergi sebab memang rasa terpaksa. Dengan penat explorace tak hilang lagi, tau tau dah kena suruh pergi teambuilding. Aku dan Syad dengan tak ikhlas berangkatlah ke Sepang. Penat memang penat tapi terpaksa pergi. Komitmen.
Bila dah sampai sana, bermulalah aktiviti indoor dan outdoor. Indoor macam biasa, bosan. Outdoor best. Mandi paya best. Haha walaupun baunya sangat tidak menyenangkan. Dah la kena mandi paya, disuruh pulak selam dalam paya, kemudian ambik lumpur calit kat muka macam pakai make up gitu. Ditambah lagi dengan rumpai-rumpai kena letak di kepala. Lepas tu naik ke darat, bergambar. Haha.
Malam pulak aktiviti lagi best. Untuk indoor ada debat. Bosan.
Dalam jam 11.30 malam baru buat outdoor aktiviti. Aktiviti burung hantu. Kena tutup mata dan duduk sorag-sorang. Siap kena bagi 3 batang mancis, sebatang lilin dan penyala sebagai barang amanah. Aku kena tinggal di depan kolam kecik. Nyamuk banyak. Haha
Task yang diberi kena nyalakan lilin dengan 3 batang mancis tersebut dan tulis apa sumbangan aku terhadap SMF. Alhamdulillah tugasan berjaya disiapkan.
Ingatkan dah habis aktiviti. Rupanya lepas burung hantu ada lagi game yang dipanggil War Game. Ingatkan buat apa rupanya ialah game berperang dalam lumpur. Hoho.
Ada 3 group, masing-masing kena protect lilin yang dipegang oleh seorang ahli kumpulan. Kumpulan lain kena saling menyerang untuk pecahkan belon yang diiikat di kaki.
Malangnya kumpulan aku kalah awal. Haha.
Belon aku dipecahkan oleh rakan sekumpulan (dia salah orang) -.-
Lepas habis terus mandi dan tido zzzz
Esoknya ada la sesi bersama Presiden dan sebagainya.
Kemudian balik semula ke Shah Alam.
Itu sahaja. Bye
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment