Rasa itu entah. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Seolah-olah:
"Dulu aku pernah menjadi seperti mereka (pelajar sekolah). Dihantar ma abah. Dan sekarang giliran aku pula yang menghantar."
Seolah-olah di situ baru aku nampak bahawa aku sudah pun menjejak umur dewasa. Baru aku tersedar yang aku sudah lama meninggalkan alam persekolahan. Dan kadangkala aku rindu. Aku rindu pada zaman itu.
Dan sekarang aku sudah menjejak kaki ke menara gading. UiTM Shah Alam dalam bidang yang aku gemari yakni undang-undang. Walaupun minat ni hanya tercetus selepas aku berbual panjang dengan Kak Asma', makin lama aku rasakan minat itu datang dengan rela hati.
Siapa sangka, aku sudah di tahun dua. Setahun setengah lagi untuk habis. Insya Allah habis dalam Julai 2014. Waktu yang nampak lama tetapi hakikatnya seketika cuma. Hanya kita yang tidak sedar bahawa waktu itu berlari, bukan lagi berjalan.
Bye.
No comments:
Post a Comment