Via Pencil And Paper

Suka + Duka

Monday, 20 February 2012

Chapter 81

Aku pernah ada impian ni dulu tapi entah bila aku dapat realisasikan impian aku ni. Sebenarnya impian aku ni aku dah perap lama dah dalam otak, cuma tak tahu bila dapat realisasikan. Bila aku baca kisah kanak-kanak kena HIV, kisah anak yatim sebenarnya aku teringin jugak nak pergi melawat dorang. Kalau boleh nak jadi volunteer. Aku bukan apa, aku cuma kesiankan dorang je. Kecik-kecik lagi dah kena HIV, kecik-kecik lagi dah  jadi anak yatim. Yang kena HIV tentulah bukan salah dorang.

Aku selalu bayangkan bila aku dah kerja, aku nak bawak hamper bagi kat dorang. Nak tengok senyuman tulus dorang. Dengan penderitaan yang ditanggung selama ni, pastinya senyuman ikhlas aku dambakan. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan dorang. Aku rasa aku pernah buat puisi pasal dorang ni. Ah ya kat sini.

Untungnya orang yang kerja di pusat jagaan anak-anak HIV dan anak yatim. Pahala berlimpah ruah.
Malangnya orang yang merompak harta mereka, dosanya bergunung ganang.

"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya" - Riwayat Ibnu Majah


"Orang-orang yang bertanggungjawa mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di yurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah" - Riwayat Bukhari


"Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? Iaitu orang yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin"- Surah Al-Mauun: 1-3

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan mauk ke dalam api neraka yang menyala-nyala" - Surah An-Nisa: 10

Bye.

2 comments:

  1. I don't know you have this impian... sob :')

    Sebok je nak tiru :P

    ReplyDelete