Saya kurang gemar sebenarnya dengan tulisan-tulisan yang bersikap gedik ataupun *bajet comel. Kalau ianya sekadar untuk bergurau itu tak apa, cuma jangan jadikannya sebagai tulisan rasmi, tidak kiralah di Twitter ataupun di Facebook atau di mana-mana sahaja. Tetapi yang pastinya, tulisan-tulisan begini hanya wujud di blog dan laman sosial.
Kalau kamu rasa nak komen ilmiah tetapi bahasa yang digunakan adalah tulisan bajet comel, maaflah saya tak akan baca. Orang lain mungkin baca tetapi disertai dengan rasa geli dan muak. Mungkin tulisan-tulisan sebegini hanya dapat dibaca oleh spesies yang sama dengan mereka. Maaf, tidak saya.
Selalunya tulisan-tulisan begini hanya akan ditulis oleh orang yang minat K-Pop. Lulz, jangan marah ya peminat K-Pop sekalian. Itu dari pemerhatian sayalah. Saya pun dah lali dengan tulisan sebegini di Facebook. Tapi itulah, demokrasi memberikan kamu sepenuh hak untuk kamu tulis dengan laras bahasa alien sekali pun untuk menulis asalkan bukan perkara sensitif.
Pernah sekali saya terserempak dengan tulisan sebegini sewaktu membaca komen tentang satu perbincangan ilmiah. Wow! Ini pertama kali tulisan begini digunakan untuk tujuan ilmiah. Lulz. Sekali lagi maaf, saya tidak baca. Bukan nak berlagak tapi sakit mata membacanya. Serius.
Apa yang saya nak nasihatkan ialah kalau kamu rasa komen kamu nak dibaca oleh orang ramai, kamu tulislah cantik-cantik. Gunakan ayat penuh, bukan ayat SMS. Kalau SMS, BBM, Whats app atau apa-apa saja komunikasi terhad, bolehlah guna. Tapi tidak di perbincangan ilmiah. Kamu komen di FB Ustaz Maszlee Malik tapi kamu guna bahasa bajet comel. Kamu ingat golongan intelektual macam beliau nak baca ke?
Sifirnya mudah saja, kamu guna bahasa normal, tulisan kamu akan dibaca. Itu sahaja.
*Tulisan bajet comel - contohnya awak na pergie maneww tew? Kita ta bley gi lew.
Bye.
No comments:
Post a Comment