Via Pencil And Paper

Suka + Duka

Sunday, 4 September 2011

Chapter 16

Hari Jumaat (3/9/2011) pergi berziarah kubur pakcik. Pakcik yang meninggal dalam usia muda. Seawal usia 32 tahun. Siapa sangka, umur yang semuda itu Allah dah ambik. Mungkin ni peringatan untuk golongan di luar sana yang masih lagi anggap mati tu hanya di usia tua.

Pergi kubur dengan mama, abah, pakcik, makcik dan tuk abah (panggilan untuk atuk saya). Banyak batu nisan berceracak di tanah perkuburan tu. Menandakan dah ramai yang pergi menyahut seruan Illahi. :(

Baca Yassin di tepi kubur arwah begitu menyedihkan. Ni kalau wahabi tahu, mesti kena kata bidaah ni.Tuk abah saya nampak menitiskan air mata semasa Yassin di bacakan. Tentulah, siapa yang tak sedih bila anak dia pergi dulu dari dia?

Dan yes, sebagai salah seorang yang sangat rapat dengan arwah, saya terasa kehilangan yang teramat. Arwah sangat rapat dengan keluarga saya especially saya dan abang saya. Arwah selalu datang ke rumah di Ipoh dulu. Selalu keluar sama-sama, main game di cc, bercerita hantu malam-malam.Pendek kata kami macam belangkas. Pergi mana-mana mesti sekaki. Bila arwah dah nak balik Kelantan, saya sekeluarga hantar arwah ke stesen bas. Dari luar bas kami melambai arwah di dalam. Saya menangis. Saya menangis bila arwah balik. Tapi saya sorokkan dari keluarga saya. Saya tak nak keluarga saya tahu saya menangis. Semua ni kenangan yang tak mungkin dilupakan. Mungkin akan sentiasa segar di ingatan. .

Hinggalah ke saat arwah jatuh sakit dan disahkan menghidap barah paru-paru, saya masih mengenangkannya. Saya diberitahu yang arwah begitu 'terseksa' menjalani rawatan di Hospital Kota Bharu. Secara mudahnya arwah dijadikan tikus putih di sana. Celaka. Masa saya dikhabarkan berita tu, saya menyumpah seranah habis hospital tu. Maaflah ya, saya tak boleh tahan perasaan amarah saya masa tu. Segala info dan progress rawatan arwah disalurkan oleh saudara mara untuk keluarga saya. Saya sekeluarga masa tu di Sabah. Masa tu pertengahan 2009. Mama saya terbang ke Shah Alam untuk menjaga arwah di sana (lepas dikeluarkan dari hospital celaka). Saya tinggal di Sabah dengan adik dan abah saya.

Akhirnya tiba waktu raya aidilfitri 2009 di Kuala Krai. Saya berkesempatan bertemunya dan bercakap dengannya. Kepala arwah dah botak, badannya tersangat kurus. Allahurabbi, saya terkejut. Walau apapun, dia tetap pakcik saya yang saya sayangi. Saya bersyukur dapat menghantarkan makanan dan ubat ke bilikya. Dia mintak game handphone, saya penuhi permintaannya. Saya bercerita dengannya di bilik secara personal. Nafasnya turun naik masa bercakap. Susah nak bernafas agaknya.

Bila saya terpaksa ke Kota Bharu, hati saya begitu berat untuk tinggalkan arwah. Saya send SMS meminta arwah makan ubat dan jaga kesihatan. Dan saat arwah mengucapkan terima kasih atas SMS tersebut, itulah saat yang paling menggembirakan buat saya. Hati saya puas.

Bersambung nanti. Saya tak boleh teruskan. Semakin banyak air mata menitis. Maaf

No comments:

Post a Comment