Alhamdulillah dah selamat mendaftar di kolej Perindu 3 UiTM Shah Alam 2 hari lepas. Hari ni hari yang cukup bosan, banyak sesi bercakap. Dari jam 8.30 sampai jam 4.30 asyik bercakap je. Aiyaya -___-
Oh kelas pun dah diberi, saya sekelas dengan roomate + class mate masa di Kedah dulu. At least, ada kawan yang dah kenal. Berbanding dengan kawan-kawan lain, majoritinya dari Asasi Shah Alam. Biasalah bila dah ada dua puak berbeza, mesti akan ada gap antara kitorang. Budak Shah Alam dengan budak Kedah, mungkin kalau ikut perkiraanku, agak susah nak masuk. Yelah dorang tu majoriti, kitorang ni minoriti je. Huhu.
Roomate aku 4 budak Shah Alam, 4 lagi budak Kedah. Fair & square. Oke la tu kot. Ada jugak la sembang-sembang as a roomate. Tapi bila dah jumpa geng, masing-masing buat hal sendiri. Biasalah. Aku tak salahkan dorang pun sebab aku pun macam tu jugak. Bukan apa, bila kita yang asing ni nak masuk bergaul dengan budak lain, agak janggal la sebenarnya. Yelah kita tak tau perangai dorang macam mana. Mana tau ada yang sensitif ke, etc etc.
Ermm homesick? Tak jugak. Ada la sikit tapi tu pun bila malam la masa nak tidur. Tapi macam dulu jugaklah, sehari dua je homesick. Bila dah jumpa member, rakan sekelas, akan oke balik. Nak tak nak, matlamat kita harus jelas. Aku ke sini untuk tuntut ilmu. Aku nak jadi lawyer yang baik. Dan aku akan fight untuk tu tak kira apa pun. Insya Allah. :)
Buat masa ni aku tak nak bercinta lagi. Biarlah orang lain sibuk mengejar awek, aku sibuk mengejar cita-cita. Aku tak berani jugak nak bercinta sebenarnya. Sebab bagi aku kalau nak bercinta biarlah sampai ke akhir hayat (nikah). Aku tak nak bercinta untuk main-main. Aku bukan jenis tu. Plus aku ni kadang-kadang agak futuristik dalam bab macam ni. Aku pikirkan yang aku suatu hari nanti akan menjadi suami orang. Dan sebagai suami orang, aku tak nak bagi bini aku makan pasir. Aku tak nak bini aku tidur beratapkan langit, berlantaikan tanah. Kalau nak kahwin, give the best to your wife. Bukan ala kadar je. Oke?
Sebab tu aku nak belajar rajin-rajin. Supaya one day nanti aku akan jadi peguam. Supaya nanti aku boleh berikan isteri aku yang terbaik. That is the only reason kenapa aku tak suka bercinta masa study. :)
Dahlah. Esok start kelas. Jumpa lagi nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment