Via Pencil And Paper

Suka + Duka

Friday, 11 November 2011

Chapter 35

Aku Erdogan. Sebab tu aku biasa-biasa jer. Aku tak bercakap soal agama 24/7. Juga tak pakai kopiah di kepala setiap kali keluar bertebaran. This is my life. Ada orang pandang pelik je bila aku gi majlis agama pakai sweater, katanya tak sesuai dengan occassion. Jawapan aku simple:

Asas berpakaian dalam Islam tu menutup aurat.
Nak pakai jubah, silakan pakai. Nak pakai baju Melayu? Pakailah, tak ada siapa yang marah. Ada yang kata kalau pakai baju Melayu kira Islamik. Dari mana pemikiran ni datang? Baju Melayu tu baju bangsa dan agama. Tapi membataskan baju Melayu sahaja sebagai baju agama, itu salah.

Orang yang tak pakai baju 'Islam' (baca: Melayu) tak semestinya buta agama. Dan yang pakai pakaian 'Islam' tak semestinya petah dalam berbicara soal agama. Terpulang pada keselesaan masing-masing. As long as your dress is within the syara', then it is okay.

P/s: Artis berhijrah dari tak bertudung ke bertudung? Mungkin oke pada dasarnya, tapi tidak pada hakikatnya. Tudung bukan adat tapi syariat. Bila tudung menjadi adat, maka syariat aurat lain seperti disisihkan. Aurat wanita ialah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka, bukan rambut jer. Pakai tudung, bonggol unta jelas sana sini. Sigh ~

Dear Allah, please give them Your guidance. Ameen

No comments:

Post a Comment