Via Pencil And Paper

Suka + Duka

Friday, 11 November 2011

Chapter 36

Wahh hari ni tarikh yang cantik.

11.11.11

Cantik memang cantik. Tapi yang tak cantiknya ialah bila ada orang wish bukan-bukan. Wish dapat anak kembar la, wish dapat bini cantik la, wish dapat suami comel la etc etc. Karut belaka. Nak doa, doa pada Tuhan. Doa pun boleh buat tiap hari, tiap masa.

Oh ada pulak berita hangat pada tarikh ni. Ni dia:

"Orang sibuk update pasal 11.11.11 kan ? dalam kitab satanic the holy is satan . Yg Mr St Wingston father satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan . Sebenarnya orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama islam , kristian dan buddha . Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam , St Mary and Crist Jesus . Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami . Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11,"

Ni kitab apa ni? Kitab utama kita ke? Ada disclaimer kononnya ni hanya copy paste, jangan percaya. Masalahnya kalau ada yang percaya macam mana? Benda-benda karut macam ni tak perlu disebar pun sebenarnya. Makin disebar, makin ramai pulak yang sibuk nak sebar sekali.

Hah apa lagi, sebarkanlah lagi. :P

No comments:

Post a Comment