Via Pencil And Paper

Suka + Duka

Saturday, 26 November 2011

Chapter 46

Amaran: 
S e b u a h  c e r p e n  y a n g  m e m b o s a n k a n  j i w a  &  r a g a.

"Di sini ada orang Cina dan India tak? Kalau ada, sila keluar sekarang!" kata seorang penceramah sewaktu sesi ceramah patriotisme di Dewan Purple kelmarin. Diah tersentak. Darah di kepala seperti mendidih mendengar kata-kata itu. Sudahlah hatinya masih membara selepas ditengking urusetia kerana lewat, ditambah pula dengan kata-kata yang berbau racism. Diah melabuhkan duduknya dengan muka yang masam mencuka.

"Gila racist penceramah ni. Agak-agak la kalau nak cakap macam tu. Bodoh, kurang ajar," Diah memaki di dalam hati. Dipandang kiri kanan, ada beberapa pelajar sedang bermain handphone Samsung Galaxy S2. Tidak kurang juga ada yang lebih selesa mendengar lagu daripada mendengar ceramah racist tersebut.

"Cuba kita tengok. Orang Cina tak pernah bergaduh demi politik. Malangnya kita orang Melayu? Bercakaran sesama sendiri padahal bangsa kita sama. Orang Cina masa 13 Mei 1969 dah bawak penyapu dah. Nak halau orang Melayu. Yang lelaki Cina tunjuk kemaluan pada wanita Melayu," sambung penceramah itu lagi dengan penuh bersemangat.

Diah menggeleng-gelengkan kepala. Sesekali dia menghembuskan nafasnya. Cuba menahan gelojak marah di dada. Bagi Diah tak salah untuk perjuangkan bangsa tetapi agama janganlah diketepikan. Yang paling penting tak usah menegeluarkan kata-kata yang berbau provokasi.

"Kenapa orang Melayu bercakaran? Sebabnya perbezaan ideologi lah. Memanglah bangsa sama tapi hala tuju perjuangan tu yang berbeza. Memang keduanya berjuang untuk rakyat tapi kita kena tengok yang mana satu betul-betul dekat dengan rakyat! Jangan slogan je dilaung tapi praktikalnya macam sampah. Rakyat boleh nilai la brother, rakyat bukannya pekak bisu!" Kata Diah di dalam hati. Perasaannya membuncah. Bukan sekali dua dia menghadiri ceramah sebegini tetapi sudah dua tiga kali.

"Mari saya tunjukkan video yang dibuat oleh seorang lelaki cina. Namesyad namanya," tutur penceramah itu sambil menekan butang 'play' di Windows Media Player.

Senyap seketika.

Video Negarakuku dinyanyikan oleh Namesyad ditayangkan. Ada tiga video Namesyad ditayangkan antaranya ialah video mengenai guru besar yang didakwa mengeluarkan kata-kata racist dan juga video TNB.

"Tengok bagaimana orang cina ni menghina bangsa kita. Malangnya ada jugak orang Melayu yang terima dia ni sebab dia terbitkan filem Nasi Lemak 2.0. Siap ada lagi orang Melayu yang berlakon dengan dia," sambung penceramah itu lagi.

"Bodoh. Sial dia (Namesyad ni!" kata seorang hadirin yang duduk di hadapan Diah. Jari telunjuknya ditalakan ke arah skrin besar di hadapannya yang memaparkan gambar Namesyad.

"Kau tu lah yang bodoh. Yang jemput Namesyad ke Parlimen tu siapa? Menteri kan? Siap pakai snow cap lagi. Etika berpakaian ke Parlimen dibakulsampahkan. Kau nak kata apa lagi?" Jerit hati Diah.

"Kita tanya pada orang cina ada tak negara di dunia ni yang sama bunyi dengan cina. Ada, tu negara China. Kita tanya pulak orang India, ada tak negara di dunia ni yang sama bunyi degan india. Ada, tu negara India. Tuu negara nenek moyang kamu, baliklah sana," penceramah itu bertutur lagi.

"Kepala hotak kau lah! Orang Cina dan India kat Malaysia ni lahir kat Malaysia la sial. Yang nak halau balik  sana buat apa? Cakap biar la pakai otak.Fikir biar logik," Jiwa Diah menjerit-jerit lagi.

"Bosan la ceramah ni," kata Diah kepada Tini yang sibuk bertwitter di sebelahnya.

"Agak la. Aku nak balik. Petang nanti parents aku datang dari Taiping. Nak outing," kata Tini sambil tersenyum simpul. Manis orangnya.

"Erm. Nak tak nak kita kena tunggu jugak sampai habis ceramah ni," kata Diah.

"Kita dah sampai ke penghujung program. Semoga kita berjumpa lagi nanti," si penceramah menutup bicara.

Dewan mula hingar-bingar dengan suara hadirin. Nampaknya gembira dapat bebas dari cengkaman program yang membosankan.

"Jom balik, Tini" ajak Diah sambil berdiri, bersedia untuk keluar dari dewan.

Tini mengangguk dan mengekori Diah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment