Via Pencil And Paper

Suka + Duka

Wednesday, 16 November 2011

Chapter 38

Bila aku masuk kuliah MLS Isnin lepas, aku terkejut dan tersenyum lepas tu bila aku tengok ada seorang kawan sekelas mula bertudung. Aku kira ni satu perubahan yang baik. Hidayah hari raya mungkin. Tak pun hidayah mid-term break. Aku harap dia terus istiqamah dan diberikan sokongan oleh rakan sekelas. Bukan apa, bagi insan yang 'baru berubah' sebenarnya dugaan lagi berat. Nak istiqamah dengan penampilan bertudung tu yang susah sebenarnya. Ada masanya kita semangat buat sesuatu, tapi lama-lama semangat tu akan pudar dan akhirnya sirna begitu sahaja. 

---

Kenapa umat Islam boleh murtad dengan mudah? Mungkin ada pelbagai jawapan yang tersimpul di kotak pemikiran kita. Aku list kan beberapa jawapan:

1) Kurang didikan agama
2) Pengaruh sekeliling
3) Mak bapak jahil agama
4) Mak/bapak convert ke agama lain
5) Ikut agama mak/bapak (yang dah convert)

Nampak tak apa persamaan dalam jawapan di atas? Pokok pangkalnya adalah agama itu sendiri. Agama itulah yang sebenarnya menjaga kita daripada murtad. Sebab itulah Islam tu dianggap sebagai the way of life instead of religion. Ya, Islam adalah agama tetapi bukan sekadar agama. 

Tapi umat Islam susah nak terima kesalahan diri. Bila ada orang Islam murtad, jari telunjuk dituding ke arah Paderi Kristian, kononnya cuba memurtadkan umat Islam. Tak reti-reti ke nak semak balik diri tu. Kalau akar Islam tu dah terpacak kukuh dalam hati manusia, bagilah dakwah Yahudi ke, dakwah Nasrani ke, dakwah Atheist ke, dakwah Freethinker ke, kita tak akan terpengaruh. Ini yang sepatutnya berlaku. Tapi sebaliknya pulak berlaku. Orang murtad, paderi yang salah. Kejadah apa tu?

Tak ada guna bersihkan sisa toksik di hilir sungai kalau kilang di hulu sungai tetap keluarkan sisa toksik tak henti-henti. 

Sama jugak dengan keadaan di Malaysia ni. Sibuk nak berHIMPUN tapi dalam tv ada gambar perempuan seksi tayang bonjolan. Bukak tabloid ada gambar jantan bercomolot dengan jantan lain etc. Nak cegah murtad la sangatkan?

Nak mengubat tu bagus tapi dalam masa yang sama kena la cegah jugak. Bukan sekadar ubat tapi cegah tak reti. 

Eh apa aku mengarut ni? -___- 
Nak cakap pasal perubahan classmate tapi dah melalut ke murtad. Ah yang pentingnya point yang aku nak tekankan ialah istiqamah. Kenapa ada perempuan yang bertudung  bertukar ke freehair boleh istiqamah?  Kenapa perempuan yang freehair bertukar ke bertudung boleh istiqamah?

Jawapannya ialah agama. Terfikir tak kenapa kadang-kadang mualaf lebih teguh imannya berbanding dengan umat Islam yang memang original Islam? Bukak fikiran, cuba fikir sendiri. :)

Bye.

P/s: Kepada classmate, semoga istiqamah. :)

No comments:

Post a Comment